Monday, August 16, 2010

DIALOG KREATIF

klik pada gambar untuk large image


Pertandingan Dialog Kreatif kembali lagi.... dan kali ini pasti saingan makin sengit dengan jumlah penertaan yagn dijangka akan bertambah... dan.. yang pasti... hadiah pastinya lumayan dari tahun lepas... jadi.. tunggu apa lagi..... kasi hentam la.... !!! hahahaaa............

bagi yang nak menyertai mestilah reply topic ini diruangan komen.. dan sila ikut format ini :


Nama Peserta :

Dialog 1 :
Dialog 2 :
Dialog 3 :
Dialog 4 :
Dialog 5 :
Dialog 6 :
Dialog 7 :
----
Tarikh tutup penyertaan adalah selepas Engku Ngah Engku Aziz mengumumkan tarikh raya posa tahun ini.... Pemenang akan dikira berdasarkan Dialog yang paling kreatif dan boleh membuatkan orang yg membacanya rasa nak guling2.. sambil menggigit selipar beliau....

Juri.... jangan tanya.....

sekian... peace no war...

Friday, August 13, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN BHEA



untuk melihat lain-lain gambar, sila ke Galeri Kelab.

Thursday, August 12, 2010

IBADAH PUASA

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

--------------------------------------------------------------------------------

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:



"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

--------------------------------------------------------------------------------



PENGERTIAN PUASA

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB

Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH

Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Haji
Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA

Berakal
Akhir Baligh (Cukup umur)
Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

Islam
Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA

Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
Keluar darah haid atau nifas
Gila
Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Sumber :Darul Nu'man

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK


SELAMAT BERPUASA


CAHAYA MATA YANG KEDUA AZWA


PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009

TAHNIAH..!!!