Friday, January 29, 2010

JOM BERSUKAN

Tahniah kepada semua kakitangan BHEA yang bersama-sama menjayakan aktiviti bermain futsal yang berlangsung pada khamis malam, pukul 8.00mlm - 9.00 mlm bertempat di Elite Futsal, Jalan Ketoyong.

Berikut adalah aksi-aksi menarik sepanjang perlawanan;



"Aksi Sepanjang Perlawanan, dimana MHafiz first time mengalami kekejangan"



"Antara Barisan Pemain Utama Futsal Team BHEA yang bakal menggegarkan arena antarabangsa"

MARILAH BERSUKAN UNTUK KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL ANDA !!!

Wednesday, January 27, 2010

JOM MAIN FUTSAL

Pada semua kakitangan / ahli keluarga BHEA yang berminat untuk bermain futsal / badminton, penglibatan anda amatlah dialu-alukan. Aktiviti ini akan diadakan pada setiap minggu (hari rabu/khamis malam) pada pukul 8.00mlm - 9.00 mlm bertempat di Elite Futsal, Jalan Ketoyong.
MARILAH BERSUKAN UNTUK KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL ANDA !!!

Monday, January 25, 2010

SENARAI NAMA AHLI KELAB YANG MASIH BELUM MENJELASKAN YURAN TAHUN 2009

Berikut adalah senarai nama dan jumlah tunggakkan yuran Kelab BHEA yang belum dijelaskan bagi Tahun 2009

semua dah bayar dah.............


Diharapkan semua ahli dapat menjelaskan yuran yang tertunggak secepat mungkin bagi mengelakkan nama disiarkan dalam email yang berikutnya.

Arahan
Pengerusi

Thursday, January 7, 2010

MAJLIS PENGHARGAAN @ PERPISAHAN EN. GHANI

Bah. Akademik, 4 Januari 2010 : En. Abd Ghani, Penolong Pendaftar Kanan di Unit Peperiksaan Bahagian Akademik telah berpindah ke tempat bertugas baru iaitu di Fakulti Seni dan Muzik mulai 4 Januari 2010. Satu majlis penghargaan a.k.a perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat BHEA. Dalam ucapan akhir, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan BHEA terutama Pn. Azzah serta kakitangan unitnya selama beliau di BHEA. Selain acara memotong kek, penyampaian cenderamata oleh Pn. Azzah juga telah diadakan. Semua kakitangan BHEA mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Ghani, semoga tali persaudaraan akan kekal walaupun berada berlainan jabatan.