Tuesday, December 22, 2009

PUTERA SULUNG KAMARUL


NAMA : MUHAMMAD AFIEQ DANIAL BIN KAMARUL NAZRI
TARIKH LAHIR : 21 DISEMBER 2009
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SLIM RIVER

AKTIVITI MENGECAT BILIK MESYUARAT

' Pandasejuk' dengan aksinya yang manja dan poyo......


"kami pun nak mengecat jugak...."

"kak su......... kalo takat pegang tali tu baik tak payah...."


"penat..."



irwan macam kontraktor cat umah.


"begini caranya nak cat.... tengok ye...."


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STAF YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENGECAT DAN MEMBERSIHKAN BILIK MESYUARAT BHEA.


Monday, December 7, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU ZEHAN....



Tahniah... Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....

CAHAYA MATA KE-3 PN. MOHAIEDA






NAMA : Mirrah Qistina Binti Mohd Nazri


TARIKH LAHIR : 8 November 2009


TEMPAT LAHIR : Kota Bharu, Kelantan

Friday, November 6, 2009

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2008




Kami dari Kelab Bahagian Akademik mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2008 dari Bahagian Akademik.

Thursday, October 22, 2009

PERTANDINGAN WIN, LOSE OR DRAW

PERTANDINGAN WIN, LOSE OR DRAW
ANJURAN BIRO SUKAN DAN REKREASI
KELAB BAHAGIAN AKADEMIK
26 – 28 Oktober 2009
SYARAT DAN PERATURAN

NAMA
· Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Win, Lose or Draw

PENGELOLAAN
· Pertandingan ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi, Kelab Bahagian Akademik

TARIKH / MASA
· Pertandingan ini akan diadakan pada 26 – 28 Oktober 2009. Waktu pertandingan hanya dijalankan pada pukul 1.00pm hingga 2.00pm sahaja (waktu rehat).

TEMPAT
· Bilik 2, (Unit Kemasukan)

PENYERTAAN
· Semua kakitangan Bahagian Akademik (Mengikut Bilik-bilik)
Kumpulan 1 (Bilik 1)
Kumpulan 2 (Bilik 2 + 3)
Kumpulan 3 (Bilik 4)
Kumpulan 4 (Bilik 5)

YURAN PENYERTAAN
· Free

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
· Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
· Setiap pasukan wajib mendaftarkan tiga (3) peserta.
· Setiap peserta hanya boleh mewakili satu (1) pasukan sahaja.

SISTEM PERTANDINGAN
· Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Bahasa yang digunakan adalah BAHASA INGGERIS sahaja.

HADIAH
· Hadiah akan disediakan untuk tempat pertama dan kedua sahaja.
WAKIL
Sila rujuk dengan wakil jawatankuasa pertandingan yang telah dilantik untuk mendaftar/ mendapatkan maklumat.
Bilik 1 - En. Azahari a.k.a master
Bilik 2,3 - En. Nasrull
Bilik 4 - Cik Asiah
Bilik 5- En. Ayen
JADUAL PERTANDINGAN
26 Okt. - AKSIN Winner Vs The Stylo Stars (Perlawanan 1)
27 Okt. - Toshiba Vs Ajenye ye ko (Perlawanan 2)
28 Okt. - Final (Pemenang Perlawanan 1 Vs 2)
HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG !!!

Friday, October 16, 2009

EN. HADI JUARA PIDATO ALAM SEKITAR


UPSI, 16 OKT 2009 : En. Hadi, Pegawai di Unit Rekod BHEA telah menjadi Johan bagi pertandingan Pidato Alam Sekitar yang julung kalinya telah diadakan di Auditorium UPSI. En. Hadi membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor dan piala iringan. Beliau berkata "kemenangan ini berkat sokongan padu daripada Timbalan Pendaftar Kanan BHEA iaitu Pn. Azzah serta semua pegawai dan kakitangan di BHEA serta semangat ingin menjulang nama BHEA". Dalam pada itu, semua kakitangan BHEA mengucapkan tahniah di atas kemenangan beliau.

Thursday, October 15, 2009


SUDAHKAH ANDA BERSEDIA..???

KONVOI KE PANTAI TIMUR

AJK Sukan dan Rekreasi bercadang untuk membuat Konvoi (Kereta) ke Pantai Timur bersama keluarga... (bukan Hari Keluarga)
UPSI - GERIK - KOTA BHARU - TASIK BANDING - UPSI

Tarikh dicadangkan : 24 - 27 Disember 2009
Aktiviti : Jalan-jalan, melancong, membeli belah dan lain-lain....
Budget : RM 500.00 satu keluarga (Duit minyak + tol, Penginapan + Makan) kalo nak jimat, kongsi kereta....


Tentatif Program : (cadangan saja..)


Siapa yang rasa nak join (tiada paksaan) boleh bagi nama diruangan comment atau nak bagi cadangan tambahan. Sapa yang tak setuju tak apa...

Boleh kumpul duit dari sekarang.......

Sunday, October 11, 2009

JAMUAN HARI RAYA KELAB

klik pada gambar untuk paparan besar

UPSI, 10 Ogos 2009 : Kelab Bahagian Akademik, UPSI telah mengadakan jamuan hari raya untuk meraikan semua kakitangan dan ahli keluarga. Seramai lebih 50 tetamu telah memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Artium Bangunan Canselori. Selain daripada menu utama iaitu Laksa Johor yang telah disediakan sendiri oleh Puan Azzah Abdul Latiff (Timbalan Pendaftar Kanan) merangkap Penaung Kelab, juadah seperti Lemang, Rendang, Nasi Impit, Satay, bihun serta kuih muih turut disediakan. Acara cabutan nombor bertuah dan pakaian raya glamer juga telah menyerikan lagi majlis iaitu sebanyak 14 hamper telah disediakan untuk tujuan itu. En. Hadi dari Unit Rekod dan Cik Ashira dari Unit Pentadbiran telah dinobatkan sebagai pemenang bagi acara Pakaian Glamer masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita manakala En. Khairul Salleh telah memenangi Pertandingan Dialog Kreatif.


video : klik play





Thursday, October 8, 2009

Pemenang Dialog Kreatif


klik pada gambar untuk saiz besar

Wednesday, October 7, 2009

KUTIPAN YURAN KELAB

Kutipan yuran akan dilaksanakan mulai 8 Oktober 2009, diharapkan semua ahli kelab BHEA menyediakan wang secukupnya untuk memudahkan lagi proses kutipan.
Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Bendahari Kelab BHEA


Monday, October 5, 2009

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka



Dijemput semua warga Bahagian Akademik & Keluarga hadir memeriahkan majlis rumah terbuka saya.
Sekian, Terima Kasih.

Irwan & Nurin

Tarikh:
11 Oktober 2009 (Ahad)
Jam :
3.00 pm - 7.00 pm
Bertempat di :
No. 15, Jalan Malim 6,
Taman Malim,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

Cahaya mata pertama Hafiz

Tahniah !!


Nama : Nur Arissa Batrisya Bt. Mohd Hafiz
Tarikh Lahir : 20 09 09 (1 Syawal 1430H)
Tempat Lahir : Hospital Tepeng..

Thursday, October 1, 2009

Anak Sapa lah ni....?


Nama : Muhammad Nazril Hazriq Bin Muhamed Nasrull
Tarikh Lahir : 270809
Tempat Lahir : Hospital Sg. Buloh

Monday, September 28, 2009

PERMOHONAN MENGIKUTI
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
AMBILAN DISEMBER SESI 2009/2010

TARIKH IKLAN
Iklan Permohonan akan dikeluarkan pada 11 Oktober 2009 (Ahad) melalui akhbar Mingguan Malaysia, Nanyang Siang Pau, Tamil Nesan dan laman web UPSI.

CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian/online sahaja dengan menggunakan nombor BITARA ID (dibeli dari Bank Simpanan Nasional (BSN)) mulai 11 Oktober 2009 selepas jam 12.00 tengah hari di laman web UPSI www.upsi.edu.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Oktober 2009.

ACARA MAKAN SECARA LAHAP




















































Tuesday, September 15, 2009

Monday, September 14, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

Tanjong Malim : Kelab Bahagian Akademik dibawah jawatankuasa Sukan dan Rekreasi, julung kalinya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Penghuni Rumah Baitul Mahabbah iaitu anak-anak yatim serta anak-anak dari keluarga fakir miskin pada 11 September 2009 (Jumaat) yang lalu bertempat di Blok C.. Seramai 14 orang anak-anak dari rumah tersebut telah diraikan oleh kakitangan BHEA bersama ahli keluarga. Selain dari majlis berbuka puasa juga turut diadakan solat Maghrib, Isyak dan juga Terawih secara berjemaah. Sumbangan hari raya berupa duit raya dan cenderahati turut diberikan.

PERTANDINGAN DIALOG KREATIF


klik pada gambar utk gambar saiz besar

Sila gunakan kreativiti anda untuk memasukkan dialog yang sesuai pada gambar tersebut. Dialog tersebut mestilah mengandungi unsur2 humor dan tidak menyinggung mana-mana pihak.. Pertandingan ini dibuka sekarang dan ditutup pada hari raya pertama. Untuk menghantar sila klik pada comments. Penulisan dialog yang kreatif akan memenangi pertandingan ini berupa..(misteri).

Sila hantarkan dialog kreatif anda menggunakan Format ini :

Nama Penghantar : ______________
Dialog 1 :
Dialog 2 :
Dialog 3 :
Dialog 4 :
Dialog 5 :
Dialog 6 :

TUNGGU APA LAGI...!!!

Wednesday, September 9, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Doa Harian

DOA HARI RABU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, imam dan kebijaksanaan untuk menerokai
kejayaan. Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh , komited dengan
kehendak dan perubahan zaman . Berikanlah kami kesihatan agar bergerak aktif
menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar
kedaulatan tanah air teguh terpelihara.

Engkau tanamkanlah di dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab dan
keimanan yang mantap . Pertingkatkanlah i'tikad dan amalan kami agar taat
mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima
dugaan dan ikhlas menyempurnakan amalan.

Amin

Monday, August 24, 2009

Dengar dan Baca Quran Secara Online

lagi..... sila klik di sini :

http://www.quranonline.net/quran/media.jsp

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa

ZON I : DAERAH HULU PERAK, DAERAH KUALA KANGSAR, DAERAH KINTA, DAERAH KAMPAR DAN DAERAH BATANG PADANG [Pengkalan Hulu (Keroh), Gerik, Lenggong, Kuala
Kangsar, Sg.Siput, Ipoh,Batu Gajah, Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim




ZON I: DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG

untuk kawasan-kawasan lain sila klik di sini...


Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Thursday, August 20, 2009

NIAT PUASA

Niat puasa

Niat puasa boleh dibaca di dalam apa saja bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.

“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hzizhi sanati lillahhi ta’ala.
Doa berbuka puasa
Malam tadi kita berniat berpuasa, jadi Maghrib nanti kita akan berbuka puasa – Insya Allah. Apa saja doa yang baik adalah bagus , doa berbuka puasa ini adalah merujuk kepada amalan saya sendiri. Mungkin setiap orang mempunyai doa yang berlainan


Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Kalau beramai² ..Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin

* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.