Monday, September 14, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

Tanjong Malim : Kelab Bahagian Akademik dibawah jawatankuasa Sukan dan Rekreasi, julung kalinya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Penghuni Rumah Baitul Mahabbah iaitu anak-anak yatim serta anak-anak dari keluarga fakir miskin pada 11 September 2009 (Jumaat) yang lalu bertempat di Blok C.. Seramai 14 orang anak-anak dari rumah tersebut telah diraikan oleh kakitangan BHEA bersama ahli keluarga. Selain dari majlis berbuka puasa juga turut diadakan solat Maghrib, Isyak dan juga Terawih secara berjemaah. Sumbangan hari raya berupa duit raya dan cenderahati turut diberikan.

No comments: