Thursday, October 22, 2009

PERTANDINGAN WIN, LOSE OR DRAW

PERTANDINGAN WIN, LOSE OR DRAW
ANJURAN BIRO SUKAN DAN REKREASI
KELAB BAHAGIAN AKADEMIK
26 – 28 Oktober 2009
SYARAT DAN PERATURAN

NAMA
· Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Win, Lose or Draw

PENGELOLAAN
· Pertandingan ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi, Kelab Bahagian Akademik

TARIKH / MASA
· Pertandingan ini akan diadakan pada 26 – 28 Oktober 2009. Waktu pertandingan hanya dijalankan pada pukul 1.00pm hingga 2.00pm sahaja (waktu rehat).

TEMPAT
· Bilik 2, (Unit Kemasukan)

PENYERTAAN
· Semua kakitangan Bahagian Akademik (Mengikut Bilik-bilik)
Kumpulan 1 (Bilik 1)
Kumpulan 2 (Bilik 2 + 3)
Kumpulan 3 (Bilik 4)
Kumpulan 4 (Bilik 5)

YURAN PENYERTAAN
· Free

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
· Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
· Setiap pasukan wajib mendaftarkan tiga (3) peserta.
· Setiap peserta hanya boleh mewakili satu (1) pasukan sahaja.

SISTEM PERTANDINGAN
· Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Bahasa yang digunakan adalah BAHASA INGGERIS sahaja.

HADIAH
· Hadiah akan disediakan untuk tempat pertama dan kedua sahaja.
WAKIL
Sila rujuk dengan wakil jawatankuasa pertandingan yang telah dilantik untuk mendaftar/ mendapatkan maklumat.
Bilik 1 - En. Azahari a.k.a master
Bilik 2,3 - En. Nasrull
Bilik 4 - Cik Asiah
Bilik 5- En. Ayen
JADUAL PERTANDINGAN
26 Okt. - AKSIN Winner Vs The Stylo Stars (Perlawanan 1)
27 Okt. - Toshiba Vs Ajenye ye ko (Perlawanan 2)
28 Okt. - Final (Pemenang Perlawanan 1 Vs 2)
HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG !!!

Friday, October 16, 2009

EN. HADI JUARA PIDATO ALAM SEKITAR


UPSI, 16 OKT 2009 : En. Hadi, Pegawai di Unit Rekod BHEA telah menjadi Johan bagi pertandingan Pidato Alam Sekitar yang julung kalinya telah diadakan di Auditorium UPSI. En. Hadi membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor dan piala iringan. Beliau berkata "kemenangan ini berkat sokongan padu daripada Timbalan Pendaftar Kanan BHEA iaitu Pn. Azzah serta semua pegawai dan kakitangan di BHEA serta semangat ingin menjulang nama BHEA". Dalam pada itu, semua kakitangan BHEA mengucapkan tahniah di atas kemenangan beliau.

Thursday, October 15, 2009


SUDAHKAH ANDA BERSEDIA..???

KONVOI KE PANTAI TIMUR

AJK Sukan dan Rekreasi bercadang untuk membuat Konvoi (Kereta) ke Pantai Timur bersama keluarga... (bukan Hari Keluarga)
UPSI - GERIK - KOTA BHARU - TASIK BANDING - UPSI

Tarikh dicadangkan : 24 - 27 Disember 2009
Aktiviti : Jalan-jalan, melancong, membeli belah dan lain-lain....
Budget : RM 500.00 satu keluarga (Duit minyak + tol, Penginapan + Makan) kalo nak jimat, kongsi kereta....


Tentatif Program : (cadangan saja..)


Siapa yang rasa nak join (tiada paksaan) boleh bagi nama diruangan comment atau nak bagi cadangan tambahan. Sapa yang tak setuju tak apa...

Boleh kumpul duit dari sekarang.......

Sunday, October 11, 2009

JAMUAN HARI RAYA KELAB

klik pada gambar untuk paparan besar

UPSI, 10 Ogos 2009 : Kelab Bahagian Akademik, UPSI telah mengadakan jamuan hari raya untuk meraikan semua kakitangan dan ahli keluarga. Seramai lebih 50 tetamu telah memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Artium Bangunan Canselori. Selain daripada menu utama iaitu Laksa Johor yang telah disediakan sendiri oleh Puan Azzah Abdul Latiff (Timbalan Pendaftar Kanan) merangkap Penaung Kelab, juadah seperti Lemang, Rendang, Nasi Impit, Satay, bihun serta kuih muih turut disediakan. Acara cabutan nombor bertuah dan pakaian raya glamer juga telah menyerikan lagi majlis iaitu sebanyak 14 hamper telah disediakan untuk tujuan itu. En. Hadi dari Unit Rekod dan Cik Ashira dari Unit Pentadbiran telah dinobatkan sebagai pemenang bagi acara Pakaian Glamer masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita manakala En. Khairul Salleh telah memenangi Pertandingan Dialog Kreatif.


video : klik play





Thursday, October 8, 2009

Pemenang Dialog Kreatif


klik pada gambar untuk saiz besar

Wednesday, October 7, 2009

KUTIPAN YURAN KELAB

Kutipan yuran akan dilaksanakan mulai 8 Oktober 2009, diharapkan semua ahli kelab BHEA menyediakan wang secukupnya untuk memudahkan lagi proses kutipan.
Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Bendahari Kelab BHEA


Monday, October 5, 2009

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka



Dijemput semua warga Bahagian Akademik & Keluarga hadir memeriahkan majlis rumah terbuka saya.
Sekian, Terima Kasih.

Irwan & Nurin

Tarikh:
11 Oktober 2009 (Ahad)
Jam :
3.00 pm - 7.00 pm
Bertempat di :
No. 15, Jalan Malim 6,
Taman Malim,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

Cahaya mata pertama Hafiz

Tahniah !!


Nama : Nur Arissa Batrisya Bt. Mohd Hafiz
Tarikh Lahir : 20 09 09 (1 Syawal 1430H)
Tempat Lahir : Hospital Tepeng..

Thursday, October 1, 2009

Anak Sapa lah ni....?


Nama : Muhammad Nazril Hazriq Bin Muhamed Nasrull
Tarikh Lahir : 270809
Tempat Lahir : Hospital Sg. Buloh