Sunday, October 11, 2009

JAMUAN HARI RAYA KELAB

klik pada gambar untuk paparan besar

UPSI, 10 Ogos 2009 : Kelab Bahagian Akademik, UPSI telah mengadakan jamuan hari raya untuk meraikan semua kakitangan dan ahli keluarga. Seramai lebih 50 tetamu telah memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Artium Bangunan Canselori. Selain daripada menu utama iaitu Laksa Johor yang telah disediakan sendiri oleh Puan Azzah Abdul Latiff (Timbalan Pendaftar Kanan) merangkap Penaung Kelab, juadah seperti Lemang, Rendang, Nasi Impit, Satay, bihun serta kuih muih turut disediakan. Acara cabutan nombor bertuah dan pakaian raya glamer juga telah menyerikan lagi majlis iaitu sebanyak 14 hamper telah disediakan untuk tujuan itu. En. Hadi dari Unit Rekod dan Cik Ashira dari Unit Pentadbiran telah dinobatkan sebagai pemenang bagi acara Pakaian Glamer masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita manakala En. Khairul Salleh telah memenangi Pertandingan Dialog Kreatif.


video : klik play





1 comment:

biar serebet hidup selesa said...

Ya haai hai hai en.Hadi said:

hadi said - "tak sia - sia aku pakai baju melayu kesukaanku hari ini..dapat juga aku hamper rupa nya"

Syira said - "daripada mula datang tadi aku dah agak dah tentu aku yang menang pakaian glamour ni ..aku memang style setiap hari"