Tuesday, February 2, 2010

MARI BERPANTUN

Ruangan ini khas untuk menjual beli pantun. Pantun mestilah menggunakan format yang betul dan tidak mengandungi unsur2 kata-kata kesat. Setiap Pantun yang dibeli mestilah mempunyai kesinambungan/ topik yang sama dari pantun yang telah dijual. Semua Pantun mestilah berkisarkan mengenai INTEGRITI sahaja...


Sirih Kuning Sirih Dara
Sirih Tanya Beserta Cincin
Hidup Beradat Aman Sejahtera
Budaya Lama tetap Terjamin


SELAMAT BERPANTUN...!!

14 comments:

Pendang Mari said...

Karpet Merah Cantik buatannya,
Diimport dari Calcutta, India,
Kita berpantun secara maya,
Harap semua siap sedia.

Ikan Siakap si ikan liar,
Enak sungguh dibuat tiga rasa,
Moh kita jangan biar,
petunjukkan pantun luar biasa.

Anonymous said...

ape da pantun sudah basi,
basi kerana sudah lama,
kita semua ade hak asasi,
jangan dilupakan pusaka lama.

he ha ..jawab..jawab..

kucingsayangtikus said...

menuntut ilmu menjadi hak asasi
ke negara china ilmu di isi
pantun melayu xpernah basi
melainkan makanan jugalah yang basi

heeeee...simpan makanan elok2 dalam peti sejuk!

azrinrais said...
This comment has been removed by the author.
azrinrais said...

melayu kata makan suap,
orang cina sebut kao tim,
terkulai layu apa diharap,
kalau nafsu menjadi hakim.

buah pulasan buah rambutan, keduanya sedap bila dimakan, antara ketelusan dan kerakusan, yang mana lebih kerap anda amalkan?

Pendang Mari said...

Puteri Sejinjang menjaga gunung,
Puteri Saadong membela kijang,
Pusaka lama perlu disanjung,
Nanti kena PJJ kang!!

Anonymous said...

Dok Ganu ghoyat Sabah,
Dok menunggu mek Kelantan,
Hidup ini perlulah tabah,
Mudah mudahan jadi teladan.

Akademik Al-Quran majlis ilmu,
Jadi tumpuan para pak imam,
Pusaka lama penuh dengan ilmu,
Jadi panduan siang dan malam

MaStEr said...

Pinang muda dibelah dua,
Anak burung mati diranggah,
Dari muda sampai ke tua,
Ajaran baik jangan diubah.

Pendang Mari said...

Indah sungguh malam purnama,
Kali pertama pertemuan bersama,
Ilmu akhirat perlu diutama,
Ilmu dunia iringi bersama.

Sengkuang Cina dibuat jus,
Dibawa oleh Abang Bangla,
Budaya kerja perlulah bagus,
Agar tercapai KPI anda.

Harum semerbak bunga kemboja,
Subur tumbuh di pusara raja,
Hati manusia perlu dibaja,
Agar ikhlas membuat kerja.

Bajai hati dengan zikrullah,
Kuatkan fizikal dengan solat,
Jangan lupa pada Allah,
Agar hidup penuh berkat.

Anonymous said...

padi jemuran penuh sedulang
laguan bertampi bertingkah di laman
budaya warisan tinggi dijulang
kekal berumbi zaman-berzaman

berkepuk jerami jauh di bendang
buah berangan tangkainya rendah
andai kami dijemput bertandang
kecil tangan nyiru ku tadah

Anonymous said...

Berputih muka kerana bedak,
bedak ditaruk banyak - banyak,
Hati manusia ni makin benak,
Dek makan pelik-pelik banyak -banyak

telefon opis dibuat gayut,
gayut diatas pohon cemara,
Umur kita dah makin hari makin lanjut,
Kurang-kurangkanlah dok buat benda lagha.

Anonymous said...

Kapal Ajihan disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Saleh ke kedai membeli halia
Nor memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

Anonymous said...

Abang Nash tanak nasi,
Nasi tak masak terus basi,
marilah kita bersikap toleransi
Mudah mudahan jadi referensi

Anonymous said...

En Ikmal pakar senyuman,
Senyuman nampak gigi berlubang,
Marilah kita kekalkan senyuman,
Agar hati menjadi tenang